May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU & AYAH

Assalammualaikukum

Selamat petang semua! 
Ehehhehehe
Aku baru je sampai kolej selepas melepaskan rindu di rumah selama 5 hari 4 malam.
Bersama kawan yang aku bawak sekali 
REKHAYANTI WILLIAM
(^.^)v

Dah sampai kolej ni rasa homesick tu macam bertambah plak.
huhuhuhuhu.T.T
Inilah keburukannya kalau selalu balik rumah.
Walaupun 'DEKAT' rumah aku tu.
Tapi aku sanggup balik sebab nak tengok muke mak & abah.
Taktau lah weyh kenape.
Maybe sebab dulu aku dah banyak kali tak balik masa tinggal dekat asrama.
Sekarang dah boleh balik ikut suke hati.
Rasa nak balik,balik je.
Tak pikir pape.
Sanggup tu lepas kelas teros pegi kl central beli tiket.
Then,patah balik kolej packing barang,pegi balik kl central.
Tujuan buat camni sebab takut tiket habes.
Aku lagi prefer naik train dari bas.
Bas leceh ahh.Fenat!
hihihihi.gedik.


Erm.aku balik semula kolej ni pon sebab ada lagi satu paper.Nak ikotkan memang dah malas dah nak balik.
Nak buat camner,gila kau tak amek paper!
Tak pasal2 aku kena repeat!
So, takpelah.Berkorban.
Yang senang nanti bukan orang lain, diri sendiri jugak.
*bak kata mak aku*
Disebabkan tadi pagi mak aku dah bekalkan nasi dengan lauk favorite aku- ayam masak merah! Aku sangat gembira!!! 
Thanks EMAK KU!
Saya sangat terharu!!! Lauk mak memamng BEST wa cakap lu!

Di kesempatan ini,aku nak wish dekat emak & abah aku,

SELAMAT HARI IBU & BAPA

PN.HAJAH SELAMAH & TN.HAJI IDRUS

Tak lupa juga kepada arwah ayahanda ku 
HAJI SAAT B. SHAHRI.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang beriman.
AMEEN.


PENGORBANAN EMAK & ABAH YANG TAK TERKIRA TU,
ADIK NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2.
Adik akan sentiasa doakan yang terbaik untuk EMAK & ABAH.

Semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan urusan kedua ibu bapa ku sama ada di dunia mahupun di akhirat.
INSYA ALLAH.AMEEN.


Ditujukan kepada bondaku.
HAJAH SELAMAH SALLEH.


Ditujukan kepada arwah ayahanda ku 
HAJI SAAT B. SHAHRI 
&
HAJI IDRUS B. SIHIN (ayah tiri ku)

Oklah.aku stop dulu kat sini eh.Nanti lepas exam, Insya Allah aku update banyak lagi cerita yang aku simpan.
Adios~

P/S: Hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada. 
Sesungguhnya berkat dan keredhaan untuk seorang yang bernama anak adalah terletak pada keredhaan ibu mereka sendiri.
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan, sekiranya seorang IBU memanggil anaknya walaupun ketika itu mereka sedang bersolat, adalah WAJIB bagi anak tesebut MENGHENTIKAN SOLAT dan menyahut panggilan ibunya..

Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari Allah,
Yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.

Wassalam.


May 5, 2011

NAK BALIK RUMAH!

Assalammualaikum.


Kepada yang sudi berhenti dan singgah di blog nih.Thank you very much!!!


Actually blog ni tak berapa nak banyak publisiti pon.Tengoklah bape kerat je hah aku punye follower.Tak kesahlah kan. Sebab aku buat blog ni bukan nye nak cari publisiti.Aku just tulis2 suke hati aku je,takkan suke hati kau pulak kan.hah.


Oklah semua.aku nak berangkat kan diri nih.Nak membawa diri pulang ke tanah rumah ku.wawawawa.


Kali ni aku tak balik sorang,sebab aku bawak seorang kawan se'gila' aku jugak.Orang Sabab bahhh!..heheheh


Dia ni excited bila aku jemput dia datang rumah. Takde, hari tu aku terbaca post dia kat fb,dia kata rindu nak balik rumah.Kebetulan aku baru je lepas call mak aku kata nak balik minggu ni.Tu aku offer tawaran hebat dekat dia tu. Mak aku pon no hal je.Sporting tau parents gua.Walaupun dah ber'haji' dan ber'hajah' ni.hihihhi.Ape2 pon aku tetap respect diorang sebab tak kongkong aku,dengan siapa aku kawan.Lagipun,aku akan bagitau diorang semua orang yang kawan dengan aku.terharu kannn! aku citer pasal korang.hahhahaha.Cuma tu lah,diorang takde facebook.Kalau tak sure meriah status kat facebook aku,sumer mak aku yang komen.huahuahuaXD. Siap bagi tazkirah silap haribulan.I loikeeee...


Alright2! Saya mahu berundur.Nak bersiap.Tata. Untuk beberapa hari ni tak ada post keyh! 




Wassalam.



Ini dia Rekha namanya! Dialah yang aku akan bawa balik umah japgi.
Adios~

May 4, 2011

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya

Assalammualaikum,


Heehhehe...rajin pulak aku tetibe bak buat entry.


Tak sabarnye nak habis paper KIMIA  esok!!! Pukul 8.30 pagi ok!!!


I loikeee paper pepagi nih.Senang sikit kan.Otak pon tengah lembut macam jellyfish gituh.euuwww.hahahahha.*merepek*


Bukan ape,aku tengah meringankan otak aku kejap.restlah derr.dari pagi tadi wa tak benti2 baca kimia nih.dah nak naik botak dah pale wa nih.huk9.T.T


Ada la macam mamat ni sikit.




Hah.Ni Albert Einstein versi aku sekarang ni wokehh..

Serabot baca kimia ni.Nasib lah ade kira mengira.Alhamdulilah.bekerja jugak otak aku.Aku suka gila maths ni tau.Tapi apekan daya.Otak tak se'genius' - AL-KHAWARIZMI.
Papepon, kita kena belajar bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Walau tak pandai dan tak secantik mana pon,wajib untuk kita bersyukur.Sebab semua benda ni bukan milik kita.Kita pinjam je sementara.Ianya adalah milik ALLAH S.W.T. dan kita telah diperintahkan untuk memeliharanya.Betul tak? 

Sekali sekala aku selitkan sedikit tazkirah ape salahnya kan.

Sebelum aku tutup entry ni,aku nak share something yang aku baru je amek dari profile picture ex-schoolmate aku, Athirah Zalahuddin. Aku macam tertarik dekat dialog dalam picture nih. SIMPLE BUT MEANINGFUL.Inilah yang dikatakan 

A picture gives a thousand of words.



 Bermakna kan???


Lepas baca dialog ni,aku fikir,agak2 korang lah,ada tak orang lelaki dan perempuan seperti ni?
Korang pernah tak cakap macam ni dalam hati korang?
Majoriti,yang ada dalam hati korang time jumpa mamat hensem sikit mesti cakap camni kan


" Eh,hensem giler wehh mamat dkat bus stop tuh.Pe agi usha ah! wahhhh..dah la hensem,macho plak tuh..."


ATAU

"Perghhhhhh.Cun siot awek depan tuh!!.Mak aihhh.kalau jadi girlfriend aku best nihhh!"




Aku tak nafikan langsung yang aku sendiri pernah cakap ayat macam nih.Tipu lah kan. Mungkin dah tiba masa untuk kita semua berubah ke arah yang lebih baik.Mungkin dengan sedikit pendapat yang aku cuba sampaikan ni dapat melembutkan hati korang untuk menjadi seorang lelaki yang menjaga imannya dan dalam pada masa yang sama juga berniat untuk mememilhara iman si gadis yang dia terjumpa tu.Aku pon mengingatkan diri sendiri tatkala aku menulis entry ni.


Aku berharap dan berdoa sangat agar aku dan kawan2ku dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik,yang tahu memelihara imannya dan juga pasangan nya.Insya Allah.


Akhir kata,ayat2 aku takdelah se'bombastik' ayat falsafah agama.Tapi cukuplah sekadar untuk difahami diri sendiri dan untuk dikongsi bersama.LBNL, jadilah insan yang berguna di dunia dan di akhirat ok!


Wassalam.



Senyum itu satu sedekah!

May 2, 2011

3 More Paper to GOOOO!

Hye peeps!
  
Nak drop by kejap..hehehhe.lame gileeeeeeeer tak meng'update' nih.Korang tak rindu ke?
hahahha.*errr..mcmlah ade orang baca blog kau..perasan betol la minah nih.*


errkkk.ok.fine.monolog dalaman.


Aku tengah dalam mood exam nih.Tapi tadi tercuit hati nak update sikit.sebelom aku sambung balik BIO aku nih.hah.esok paper aku BIOLOGY ORGANISMS.pukol 3 ptg.Alhamdulilah.Sebab sempat lah aku nak prepare mental fizikal lebih sikit kan. 


Aku tak habes lagi khatam KINGDOM ANIMALIA ni wehh.apo den nak jawap esok.Naseb baek bulat2 jek.Bulat2 ni lah yang aku paling lemahhh!!!! arghhhh.aku lagi prefer essay ok! sebab time mengapal tuh die memang ikut setiap characteristics setiap phylum kan.So, bila die kuar soalan, xdelah aku kene putar2 otak aku nak cari jawapan.Betol x? Kalau 100 objektif,die bukan susun soalan tuh ikot phylum kannn?! berterabur soalan.Then, kita pon kompius----->fail da ade dalam pale.aisehhh.mintak jauh..


So,minngu ni aku ada 2 paper je.BIO and ChEMISTRY. 


Doakan aku lah yer.Sape yang tengah baca post aku yang membosankan nih.


Sekadar hiasan.

Ok u olss.Nak turun DM untuk dinner.Wassalam. ;D

BELOVED FAMILY

BELOVED FAMILY