September 24, 2011

Perbaiki Cara Solat Bagi Muslimah

Assalammualaikum semua !


Alhamdulilah.Bulan Syawal dah semakin melabuhkan tirai. Alhamdulilah jugak, bulan puasa yang lepas aku dapat mengharunginya bersama-sama keluarga tercinta. Dapat menunaikan ibadat2 sunat bersama.Syukur sangat2.Alhamdulilah.

Untuk pengetahuan kawan2, dah hampir 2 minggu aku masuk Semester 1 untuk Tahun 2 di UM. Alhamdulilah jugak,class semuanya berjalan lancar. Aku still duduk di Kolej Kinabalu (8). Yang bestnyaaa, dapat SINGLE BED!!! Syukur lagi.


Oklah.Sekarang ni aku nak share dengan korang semua sedikit PANDUAN SOLAT. Aku tau korang semua memang solat dan tahu macamane nak solat.Ini sekadar peringatan untuk kita semua.Kadang2 kita tak perasan cara solat kita tu kurang sempurna. Aku pun akui jugak. Sebab itu,entry ni dibuat bagi ingat mengingatkan antara satu sama lain. Insya Allah. Sama2 lah kita kerjakan solat kita dengan lebih sempurna.Penat je kita solat pagi,petang, malam tapi tak sempurna. Korang fahamkan maksud aku. Tips ni aku ambil dari blog http://nuyul-snowhite22.blogspot.com .
SELAMAT BERAMAL YER KAWAN2 !



PANDUAN SOLAT 


1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. dengan meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cupingtelinga
ii. dengan meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke parasdada.(bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua-dua kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun,bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "lah ilaa ha ILLALLAH")
Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa 





July 30, 2011

UTP, Tronoh.

Assalammualaikum.....


Wazzup33! hehehehhehehe...


Salam pagi nasi lemak kopi-o dari UTP,Tronoh.
Kui99.


Hari ni adalah hari terakhir kitorang kat sini setelah 3 hari bertapa. Taktau kenapa aku macam berat hati giler nak balik.Maybe sebab aku cuti lama sangat kottt.Than,kalau balik rumah pon aku bukan buat ape pon.Melangut je keje.ngeeeee.-.-
Kalau kat sini atleast adalah sumthing aku boleh buat.bergosip la especially.hOhohohoho. *ishhh99.sbr jelah.eii.kitorang gosip baikk punyaa ok.just gosip psl kenangan2 lama je.hihihi*


Alhamdulilah.Kedatangan kitorang disambut dengan hati yang terbuka oleh mereka2 yang aku sayangi di sini.Dapat jumpa senior ex-school (my section leader time dlm band dulu) and yang paling penting dapat spend dengan orang2 yang aku sayang iaitu..........Batch aku dekat UTP ni.5 tahun kawan. Hopefully bonding kita sampai bila2.ameen.Insya Allah.


Post ni khas diterbangkan dari Tronoh.Special edition. This is one of the memorable vacation sepanjang aku menghabiskan cuti sem aku selama 4 BULAN!



Event paling special sekali, dapat join Konser Kembara Sufi yang dianjurkan oleh UTP...BESTTTTT! dpat free ticket.CheDe belanja.hihihihi.sweetkan? 
Dapat jumpa Imam Muda Asyraf,NowSeeHeart and AlMawlid (gabungan drpd Lah VE,Zaf VE,Amir and Azan Ruffedge,lbnl Amir from Innuendo).
*walaupun aku tak dapat nak snap gambar ngan diorang,but still aku puas hati;).cuma JELES sikit je laaa.=.='




Ok.ni ada gambar sikit ni.Enjoyyy.*kah99.mcm xperlu je*







Konsert Kembara Sufi.*ada mcm attend Grammy Awards x.heheh*
(BFF Aina,Alya,Nisa,ehemm,CheDe,Syaq)



With Imam Muda Ashraf (he was the MC that night)
*time ni aku gi toilet dengan Aina.dang!saje je budak2 ni nk jeleskan aku*




Diorang LAGIII!
With Lah VE & Zaf VE <3


Notes:
Aku nak cakap thankkkkkkkkkkkks million2 kat geng2 SSP's UTPians sebab sudi spend time dengan kitorang.Dah la korang tengah busy dengan nak xm nya.Fieldtrip bagai kann. Papeponn SARANGHAE CHINGU-ah!!! <3

Muahhhh99XD.


P/s: Bangunlaaa korang!! kata nak swimminggg.heheheh.semangat kan aku! hihihihi;D Padahal nak balik da nih.takpe.sekali sekala.

May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU & AYAH

Assalammualaikukum

Selamat petang semua! 
Ehehhehehe
Aku baru je sampai kolej selepas melepaskan rindu di rumah selama 5 hari 4 malam.
Bersama kawan yang aku bawak sekali 
REKHAYANTI WILLIAM
(^.^)v

Dah sampai kolej ni rasa homesick tu macam bertambah plak.
huhuhuhuhu.T.T
Inilah keburukannya kalau selalu balik rumah.
Walaupun 'DEKAT' rumah aku tu.
Tapi aku sanggup balik sebab nak tengok muke mak & abah.
Taktau lah weyh kenape.
Maybe sebab dulu aku dah banyak kali tak balik masa tinggal dekat asrama.
Sekarang dah boleh balik ikut suke hati.
Rasa nak balik,balik je.
Tak pikir pape.
Sanggup tu lepas kelas teros pegi kl central beli tiket.
Then,patah balik kolej packing barang,pegi balik kl central.
Tujuan buat camni sebab takut tiket habes.
Aku lagi prefer naik train dari bas.
Bas leceh ahh.Fenat!
hihihihi.gedik.


Erm.aku balik semula kolej ni pon sebab ada lagi satu paper.Nak ikotkan memang dah malas dah nak balik.
Nak buat camner,gila kau tak amek paper!
Tak pasal2 aku kena repeat!
So, takpelah.Berkorban.
Yang senang nanti bukan orang lain, diri sendiri jugak.
*bak kata mak aku*
Disebabkan tadi pagi mak aku dah bekalkan nasi dengan lauk favorite aku- ayam masak merah! Aku sangat gembira!!! 
Thanks EMAK KU!
Saya sangat terharu!!! Lauk mak memamng BEST wa cakap lu!

Di kesempatan ini,aku nak wish dekat emak & abah aku,

SELAMAT HARI IBU & BAPA

PN.HAJAH SELAMAH & TN.HAJI IDRUS

Tak lupa juga kepada arwah ayahanda ku 
HAJI SAAT B. SHAHRI.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang beriman.
AMEEN.


PENGORBANAN EMAK & ABAH YANG TAK TERKIRA TU,
ADIK NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2.
Adik akan sentiasa doakan yang terbaik untuk EMAK & ABAH.

Semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan urusan kedua ibu bapa ku sama ada di dunia mahupun di akhirat.
INSYA ALLAH.AMEEN.


Ditujukan kepada bondaku.
HAJAH SELAMAH SALLEH.


Ditujukan kepada arwah ayahanda ku 
HAJI SAAT B. SHAHRI 
&
HAJI IDRUS B. SIHIN (ayah tiri ku)

Oklah.aku stop dulu kat sini eh.Nanti lepas exam, Insya Allah aku update banyak lagi cerita yang aku simpan.
Adios~

P/S: Hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada. 
Sesungguhnya berkat dan keredhaan untuk seorang yang bernama anak adalah terletak pada keredhaan ibu mereka sendiri.
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan, sekiranya seorang IBU memanggil anaknya walaupun ketika itu mereka sedang bersolat, adalah WAJIB bagi anak tesebut MENGHENTIKAN SOLAT dan menyahut panggilan ibunya..

Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari Allah,
Yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.

Wassalam.


May 5, 2011

NAK BALIK RUMAH!

Assalammualaikum.


Kepada yang sudi berhenti dan singgah di blog nih.Thank you very much!!!


Actually blog ni tak berapa nak banyak publisiti pon.Tengoklah bape kerat je hah aku punye follower.Tak kesahlah kan. Sebab aku buat blog ni bukan nye nak cari publisiti.Aku just tulis2 suke hati aku je,takkan suke hati kau pulak kan.hah.


Oklah semua.aku nak berangkat kan diri nih.Nak membawa diri pulang ke tanah rumah ku.wawawawa.


Kali ni aku tak balik sorang,sebab aku bawak seorang kawan se'gila' aku jugak.Orang Sabab bahhh!..heheheh


Dia ni excited bila aku jemput dia datang rumah. Takde, hari tu aku terbaca post dia kat fb,dia kata rindu nak balik rumah.Kebetulan aku baru je lepas call mak aku kata nak balik minggu ni.Tu aku offer tawaran hebat dekat dia tu. Mak aku pon no hal je.Sporting tau parents gua.Walaupun dah ber'haji' dan ber'hajah' ni.hihihhi.Ape2 pon aku tetap respect diorang sebab tak kongkong aku,dengan siapa aku kawan.Lagipun,aku akan bagitau diorang semua orang yang kawan dengan aku.terharu kannn! aku citer pasal korang.hahhahaha.Cuma tu lah,diorang takde facebook.Kalau tak sure meriah status kat facebook aku,sumer mak aku yang komen.huahuahuaXD. Siap bagi tazkirah silap haribulan.I loikeeee...


Alright2! Saya mahu berundur.Nak bersiap.Tata. Untuk beberapa hari ni tak ada post keyh! 




Wassalam.



Ini dia Rekha namanya! Dialah yang aku akan bawa balik umah japgi.
Adios~

May 4, 2011

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya

Assalammualaikum,


Heehhehe...rajin pulak aku tetibe bak buat entry.


Tak sabarnye nak habis paper KIMIA  esok!!! Pukul 8.30 pagi ok!!!


I loikeee paper pepagi nih.Senang sikit kan.Otak pon tengah lembut macam jellyfish gituh.euuwww.hahahahha.*merepek*


Bukan ape,aku tengah meringankan otak aku kejap.restlah derr.dari pagi tadi wa tak benti2 baca kimia nih.dah nak naik botak dah pale wa nih.huk9.T.T


Ada la macam mamat ni sikit.




Hah.Ni Albert Einstein versi aku sekarang ni wokehh..

Serabot baca kimia ni.Nasib lah ade kira mengira.Alhamdulilah.bekerja jugak otak aku.Aku suka gila maths ni tau.Tapi apekan daya.Otak tak se'genius' - AL-KHAWARIZMI.
Papepon, kita kena belajar bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Walau tak pandai dan tak secantik mana pon,wajib untuk kita bersyukur.Sebab semua benda ni bukan milik kita.Kita pinjam je sementara.Ianya adalah milik ALLAH S.W.T. dan kita telah diperintahkan untuk memeliharanya.Betul tak? 

Sekali sekala aku selitkan sedikit tazkirah ape salahnya kan.

Sebelum aku tutup entry ni,aku nak share something yang aku baru je amek dari profile picture ex-schoolmate aku, Athirah Zalahuddin. Aku macam tertarik dekat dialog dalam picture nih. SIMPLE BUT MEANINGFUL.Inilah yang dikatakan 

A picture gives a thousand of words.



 Bermakna kan???


Lepas baca dialog ni,aku fikir,agak2 korang lah,ada tak orang lelaki dan perempuan seperti ni?
Korang pernah tak cakap macam ni dalam hati korang?
Majoriti,yang ada dalam hati korang time jumpa mamat hensem sikit mesti cakap camni kan


" Eh,hensem giler wehh mamat dkat bus stop tuh.Pe agi usha ah! wahhhh..dah la hensem,macho plak tuh..."


ATAU

"Perghhhhhh.Cun siot awek depan tuh!!.Mak aihhh.kalau jadi girlfriend aku best nihhh!"




Aku tak nafikan langsung yang aku sendiri pernah cakap ayat macam nih.Tipu lah kan. Mungkin dah tiba masa untuk kita semua berubah ke arah yang lebih baik.Mungkin dengan sedikit pendapat yang aku cuba sampaikan ni dapat melembutkan hati korang untuk menjadi seorang lelaki yang menjaga imannya dan dalam pada masa yang sama juga berniat untuk mememilhara iman si gadis yang dia terjumpa tu.Aku pon mengingatkan diri sendiri tatkala aku menulis entry ni.


Aku berharap dan berdoa sangat agar aku dan kawan2ku dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik,yang tahu memelihara imannya dan juga pasangan nya.Insya Allah.


Akhir kata,ayat2 aku takdelah se'bombastik' ayat falsafah agama.Tapi cukuplah sekadar untuk difahami diri sendiri dan untuk dikongsi bersama.LBNL, jadilah insan yang berguna di dunia dan di akhirat ok!


Wassalam.



Senyum itu satu sedekah!

May 2, 2011

3 More Paper to GOOOO!

Hye peeps!
  
Nak drop by kejap..hehehhe.lame gileeeeeeeer tak meng'update' nih.Korang tak rindu ke?
hahahha.*errr..mcmlah ade orang baca blog kau..perasan betol la minah nih.*


errkkk.ok.fine.monolog dalaman.


Aku tengah dalam mood exam nih.Tapi tadi tercuit hati nak update sikit.sebelom aku sambung balik BIO aku nih.hah.esok paper aku BIOLOGY ORGANISMS.pukol 3 ptg.Alhamdulilah.Sebab sempat lah aku nak prepare mental fizikal lebih sikit kan. 


Aku tak habes lagi khatam KINGDOM ANIMALIA ni wehh.apo den nak jawap esok.Naseb baek bulat2 jek.Bulat2 ni lah yang aku paling lemahhh!!!! arghhhh.aku lagi prefer essay ok! sebab time mengapal tuh die memang ikut setiap characteristics setiap phylum kan.So, bila die kuar soalan, xdelah aku kene putar2 otak aku nak cari jawapan.Betol x? Kalau 100 objektif,die bukan susun soalan tuh ikot phylum kannn?! berterabur soalan.Then, kita pon kompius----->fail da ade dalam pale.aisehhh.mintak jauh..


So,minngu ni aku ada 2 paper je.BIO and ChEMISTRY. 


Doakan aku lah yer.Sape yang tengah baca post aku yang membosankan nih.


Sekadar hiasan.

Ok u olss.Nak turun DM untuk dinner.Wassalam. ;D

March 10, 2011

Malaysia Online Personalized Gift Store - HeartBeat.my


Jom SINGGAH sini! ----->  Malaysia Online Personalized Gift Store - HeartBeat.my

Ok.Ni aku bagitaw serba sedikit macam mane korang nak order t-shirt dekat HB ni.Please follow the steps below. (^.^).



Step 1: Choose a Design

Means korang pilih which pattern that u most like untuk tulis kat atas t-shirt tuh.
 
Step 2: Choose a Color of   

Hah.Time ni baru korang pilih nak letak colour ape untuk 'heart' korang tuh.But die bagi dua option je.So,choose the one that u like.

 
Step 3: Enter a Text

Then,tulis text yang korang nak dekat ruangan ni.E.g : I <3 SSP.heheh..
 (max. 25 characters)
 
Step 4: Choose a size

Next,jangan lupa untuk pilih size baju pulak keyh.They give u 2 cutting.One for male and one for female.

What size do you want? 
 
Step 5: Quantity Ordered - 
Now,u can place the quantity of the t-shirt that u want.You can order as much as possible i think.;)

Heartbeat bukan sahaja menjual tshirt.Ada jugak mugs, pillow, bookmark, button/badge,keychain,car sign etc.So, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK SINGGAH yerrr! Harga sangat berpatutan dan kualiti tshirt dan barangan lain juga amat memuaskan.Untuk special occasion pon ada jugak.E.g VALENTINE(bagi yang menyambutnya). ENJOY SHOPPING!


 

March 6, 2011

Touching tengok entry dari blog kakak

Ehem..ehem...ehem


Singgah jap je ni.Esok aku ada test.So,aku nak tulis pendek2 je eh.Jangan marah.heeee.


Tadi aku usha blog kakak ak jap.Saja je.Bosan dok baca bio.Sekali tengok kat follower aku,die dah follow aku nye blog.Caner tah die taw aku nye link.Aku tak nak bagitau die kalau boleh pasal blog aku ni.Sebab,malu la i kalau i confess something dalam ni kann...Awwwww...*dah mula dah aku merepek...*


Tengok je entry baru die tadi,ada sebut pasal aku.hehehehhe.TERHARU 5 saat.

*tengok,betapa egonya gua.5 saat je gua touching bebs.Ase nak meleleh pon ada.tapi kemachoan mesti dijaga yer puan2.*


Tapi seriusly memang air mata mahal aku bakal nak gugur la tadi.tapi apekan daya.EGO ku memakan semuanya.Ya,saya perempuan EGO. Jangan marah sume.heheheh.


Ok.nak sambung pembacaan aku.Esok petang aku punya test. Semoga segalanya berjalan lancar.Amin~




Adios.

March 2, 2011

Alhamdulilah



Wahhhhhhh.....lately ni sangat bersemangat nak update blog! Sukeeeee...


Suke sampai nak giggling macam kucing niiii..hua9
Alhamdulilah.Syukur sangat2 pada yang maha Esa...hidup aku berjalan dengan lancar minggu ni. Bukanlah nak kata minggu2 sebelom nih serabot bagai.Cuma minggu ni aku terasa XTRA HAPPY gituh.hehehe.

Firstly, aku nak share kat sini pasal test2 yang aku kene hadapi minggu ni. Sekarang da masuk bulan Mac ni,sume profesor a.k.a lecturers dekat fakulti aku suka sangat melangsungkan hari peperangan sedunia. I mean conducting a test.So,sume budak2 fac science punye aahh busy kan.Tengok status kat fb pon sume cakap pasal test.Ade yang rase nak bunuh diri la,nak give up la,just tawakal without usaha pon ada.Belom buat lagi test tuh.Tapi da spare tawakal siap2.ish3. Tak elok eh kawan2....No no no. Jangan buat macam tuh.Selagi kita ada masa nak usaha,selagi tuh kita buat.Walaupun aku ni pon 2x5 je kan,tapi aku dah semakin insaf.Setiap manusia perlu berubah kan.Even korang tak cukup masa macam mane pon,korang kene jugak put some effort towards the end.Janganlah bertawakal jek without berusaha.Kalau macam tuh sume orang boleh buat.Bila nya korang nak success?? Pandai2 la korang pikir.Aku bukan nak bagi ceramah kat sini.Just nak share something from my thought jek.Kalau kita da tahu kita tak hebat,kita kenelah letak usaha lebih sikit.Janganlah pi ikot budak genius class korang tuh.Dia genius takpe.Belajar ke tak belajar.Score gak! aishhh jeles betol aku.Tapi nak buat cengganer.Rezeki dia.Chillax guysssssss!!


Hahahah.dah2.aku nak cakap pasal aku pulak.Suka sangat menyimpang aku nih.

Semalam aku ada test KKM ( Kursus Kemahiran Maklumat) or dalam bahasa jawanya Infomation Skills. Test ni die buat online punye.Hamik kau.Sekarang suma teknologi bebs.Save environment katanya. Baguih betol.Cuak gak aku ngan test nih.Walaupun subject ni under university courses.Nak taknak kene score bebs.Effect pointer tuhhh!!! Kalau dapat C dah spoil da korang punyer result nanti.So, dengan humble nye aku pon revise la sikit2 nota dia.Susah jugak subject ni.Kene tau macam mane nak tulis senarai rujukan guna APA style.Pastuh korang kene tau jenis bahan rujukan ape yang digunakan.Contoh, tesis, gazette,almanak. Benda-benda ni sume baru bagi aku.Pening jugak mula2.Tapi bila dah belajar tu,Alhamdulila ok (^.^)!

20 minit test = 20 soalan.
1 soalan = 1 minit
Siap letak masa sekali kat tepi monitor tuh.Mane tak cuak bebs time nak jaawab.Asek tengok masa je. Tak tenteram aku nak jawab.Tapi,berkat doa sebelum jawab test tuh.Kecuakan pon berkurang sikit.Even benda alh ni TEST SAHAJA.Tapi dalam hati memang cuak kebebeyh da.
Apa-apa yang seangkatan dengan EXAM+TEST+QUIZ= aku sangat tak suka!!!

Sebab tuh every time test or quiz,cuak aku sama level dengan final exam ko tahu!!!
Ngeeee....
Tapi, alhamdulilah.Aku berjaya jugak jawab sume soalan.Dah jawab tuh,kene pulak submit. Bukan kena berjalan hantor kertas ke hape. Just klik yer dekat button SUBMIT tuh.Hah.Time ni dia punya rasa plak macam korang nak tahu result UPU korang tuh.Nak tahu dapat U mane tu kan.Takpun rasa macam masa nak semak result MUET! Perghhh.berdebar wa cakap lu.Lagi berdebar daripada time korang terserempak dengan CRUSH korang.Bagi akulah.heeee.

Klik!

Sambil tutup mata sebelah.


Score: 20 out of 20.100%

Mak aihhhhhhhhhhhhhh!!!!! 

Terkejot bangat niiiiih...

to be continued ye rakan2.aku nak gi kelas.heheh ;)


February 28, 2011

Nak gelak sorang2..boleh tak?

Assalammualaikum dan Salam satu Malaysia everyone!!!


HAHHAHAHAHAHHHAHHAHAHAHAHAH. XD


Hari ni aku nak bergelak ketawa sorang2.Korang janganlah plak pikir aku nih gila ke hape.Normal lagi ni bro@kak.It just that the things that happen to me today bring a lot og laughter to myself. Sakit perot jugak ohhh gelak sorang2 nih.sebab jenis gelak dia lain dari gelak slumber korang yang macam keldai tuh.hah.Die gelak sorang2 ni jangan bagi orang dengar.Kalau tak komperm depa kata ko gile.muahahhaahh.


Nak taw pasai pa cheq gelak?


* soorry naaa dalam blog cheq ni,cheq suka pi tibai bahasa.Dok campuk loghat memacam.hehehhe.jangan ada yang tersinggung dah ler.cheq nak bagi meriah ckit jek blog cheq nih.sebab cheq orang johor.takda loghat.So,bosan kan kalau cheq dok cakap bahasa skematik programming ja.hahahhah.ok2.sambung cerita naaa.....~


                                                             *********

Pagi tadi aku jumpe la Mr. R.hah.aku belum buat lagi entry pasal Mr.R aku nih.Nanti lah.time aku ada banyak mase aku cite kat korang ehh.hehehehhe.k2.sambung balik.excited ni nak citer.


Aku tunggu bas la macam biasa.Kelas pukol 8 derr,memang pukol 7.20 gituh la aku da tercangak depan bus stop kolej aku.Tapi hari ni aku lambat sikit la plak. Sibuk study 'Life Process'. tulah orang cakap jangan study last minute.Hamik kau, kena bangon pepagi buta nak buat revision.Tuh memang tabiat la tuh.Study last minute ni.Alaaa, macam korang tak biasakan?! haha.
Sesamapai jek aku kat bawah,elok jek satu bas dah lepas.Perghh,selalu memang aku kejar bas tuh.Tapi hari ni aku nak menjadi ayu skejap.Cehhhh.haktuihhh betol.Syok sen plak.heeeee.So,aku pon jalan lah lambat2 menuju ke bus stop depan tuh.Sambil tggu tu, aku dengan rajin yang luar biasa nya hari nih, bukak la nota 'Life Process' tadi.Tak habis baca lagi nih.Kalau aku takde test memang takder nye aku nak bukak nota sambil tunggu bas. Aku pasang lagu kat telinga adela.terok betol perangai.tapi takpe at least aku berusaha nak kasi pass test nih.bukan nya aku terus tawakal jek.Kalau orang yang camtuh baru lah boelh label terok perangai kan.Aku ni boleh consider lagi kot.heeeee ;)


Dekat 20 minit jugaklah bas ni nak sampai. Bas Jalan 1 dah 2-3 kali lalu.Aku pon tak paham lah cmner diorang punye schedule nih.Lantak ahhh.Janji aku dapat naik sudehh.


Bile aku naik2 je,aku nampak plak Mr.R nih.Aku tak sure la die perasan aku ke tak.Rasanya macam tak perasan.Sebab dia pon tengah buat hape tah time tuh.Watever.
Then, bila nak berjalan ke DK plak berselisih la dengan dia.Untuk pengetahuan korang,aku satu class keyh dengan Mr.R.Tapi untuk satu subject je la.Tu pon dah bersyukur.HUA99.
*gedik siott.adeh.ase nak bagi pelempang kat muke sendirik.GANGGGGGG!*


Pastuh, da berselisih boleh plak masing2 buat dunno kan.Bukan nye tak taw name! Hampeh maemasing.Aku nak tegor orang? Kem salam la wehh.Sampai esok pon belom tentu aku akan tengok muke ko.hahahahah.Ni bukan selfish or sombong yer rakan-rakan.Cuma 'tabiat' yang takbleh nak ubah.Nak kata pemalu? Boleh laaaaaa~
* tangan letak ke dada,sambil mata ke atas*


Nak dipendekkan cerita, lepas aku habis jek test 'Life Process' tadi, aku pon keluar la dari DK tuh awal.Bajet konfiden betol sume kan.Tuh hantar awal tuh.Keluar jek DK,aku gi la KPS.Nak langsaikan hutang aku.Bukan dengan Along ahhh! Aku nak pi bayar yuran ja. HAduiiiyaiii...Da bayar2,aku pegi plak kedai runcit.Beli biskut derr.Nanti malam2 lapar. Menangis aku woooo.Korang nak tanggung?..takder nyerr.Perot aku nih lagi penting dari segalanya...!


Kemudian,aku melangkahkan kaki ku ke bus stop library.Nak balik la. Dalam perjalanan, terserempak la lagi dengan Mr.R!!!!  Omaigosssssshhh..!


Jodoh kah itu?


PANGGGGGGGGG!




Aku menyedarkan diri dari khayalan.Hamik sebijik.Sape soh berangan kan.Aku pon dengan 'mayu' ( macho+ayu) nyer jalan ahh macam biasa.Ingatkan dia nak tegor. Mak aihhhhhh. Memang die lalu cmtuh jek bai...Wa rasa wa ni da tukar jadik invisible la wa rase.Pompuan nak tegor,macam tak manis la kan.Padahal takder masalah pon.Pride+ego melawan segala-galanya.Lepas jek berselisih tuh,aku gelak sorang2!!! Ase nak gelak kuat.Tapi dekat kedai DeliFresh tuh macam ramai orang kan. Aku pon decide nak senyum jek. Control bebss...


Dalam kacangkerang, aku just curious jek.Agak2 korang lah kan,pernah tak korang experience benda yang sama macam aku? Tak kesah la dengan sesape jek yang korang terserempak.Dengan member class ke.Senior ke.Korang pernah tak,tak tego orang tuh even korang memang sangat kenal and selalu jumpa.Selalu jumpa tapi tak reti nak bersapa.HaH! Ayat ni lah aku cuba nak sampaikan. So,korang boleh la bagi pendapat dengan meninggalkan komen2 yang bernas yer...


Okayla,bro,kakak,adik2. Aku mahu mengisi perot ku yang suda memainkan lagu bila larut siang. Untuk  next entry, nantikannnn.......tu pon kalau aku rajin.MUAHAHHAHA XD















Blogger Templates
Blogger Templates

February 10, 2011

Minggu Yang Touching

Assalammualaikum w.b.t


Yo everyone!!! Lame saya tak menjenguk ceklyna ni.hihihi.

Anneyong.(^.^)


Demmn! Berjela aku tulis,boleh plak die terdelete.adeiiiiii.gatei tangan nih.So,kene la aku tulis balik.Part ni paling aku tak suke bile berblogging ni.Macam sengal alam jek kan.Nasib baik komputer kan.Takleh nak salahkan.Nak sepak terajang pon,nothing changed.


hahahhahaha.takpelah.sekali sekala.mengadap lama sikit dengan blog yang aku dah lame "gell" x update nih.ngeee.bak kata orang,baik tak payah buat blog kalau malas nak update kan.aiyaaaaaakkk.paku dulang paku serpih.


Nak taw sebab ape aku cakap minggu ni paling 'touching'?
Sebab,minggu ni aku banyak jumpa kawan sekolah menengah aku dulu.Plus ak memang tengah dalam kebosanan yang amat sangat minggu ni.Sampaikan kepala aku memainkan video2 lama waktu sekolah dulu.Tuh yang semua part yang sweet2 and lawak terimbas kembali.gedik betol la kan.Nak sebak2 bagai.hahahhaha.name pon manusia.ade hati dan perasaan.kita tak boleh elak.ye dak? heheh.


Memandangkan kemalasan aku da sampai dengan tak semena-menanya.
So,i'll stop here for now.Later will continue.hahahhaha.bolah pulak kan stop2 sebab malas nak sambung.Silap hari bulan,aku dapat title 'Blogger Paling Malas'..erk?! tamaw2!!!


aku upload gambar jek lah eh.hehehehehe.;)







kenangan yang daku imbas kembali....~


to be continued.....

January 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY!!!




HAPPY BIRTHDAY TO YOU

MY BEST FRIEND + ROOM8 (C611)



NUR SYAQILA OSMAN
 24th JANUARY 1991




Ini je yang aku sempat buat.Ni pon buat rushing2 sebab japgi ade kelas.Doakan aku punye test berjalan lancar k!!! MUahhh...
Special dedication to you.... 


My favourite song from MBLAQ!!! 




The day becomes better when i have u my fren <3



Blogger Templates
Blogger Templates

January 23, 2011

Sabtu yang GILA

Anneyong!!!


HEheheh..sorry.suda lama kite tak ketemu yer.saya pun dah agak lame lah jugak tak conteng-conteng + merapu dalam diari ceklyna nih.ngeeee.bz sgtt???..yawww.xtaw nak cakap cmner.nak kate bz tak lah sangat.cume mcm takder mood jek.A.K.A malas!!!


Disebabkan petang tadi,saya baru jek melepaskan ke'gian' an nak keluar.Maka, terjadilah post ini.Tempat yang dituju,tak lain tak bukan the nearest to UM.
MIDVALLEY.Aku bosan duk bilik.Rumate aku pulak kuar jugak.Pegi celebrate birthday die.Padahal birthday die esok.hahahha.xperlah.asalkan mreka bahagie! 


Tujuan utama: BELI MILO 3in1 FUZZ! 
Hipotesis: BERJAYA!!!+ beli satu selipar untuk gi kuliah(ini matlamat smpingan jeerr..heee)


Kebetulan,tepat pukul 5ptg td,kawan aku si Mizah mesej.


Tenenenenenet...*bunyi msg ringtone ak*


Mizah : lyna,kat maner?
Aku    : kat bilik.   *bls pendek2 jek.sbb kdt bnyk lgi kn.hahah*
Mizah  : Nak kuar x?g mid ke?
Aku     :Biler?  *cehhh.tnye dlu.x direct setuju.igt nak maen jual mahal.*
Mizah  :Petg ni laa.lepas asar.
Aku     :*dgr PETANG ni.memg ak teros reply* Boleh2.aku pon bosan ni and nak beli barang cket.rumate aku dua2 tak ada.ngeee.


Dalam pukol 5.30ptg cmtuh.lpas mandi2.aku gerak la ngan mizah.ingat nak tunggu teksi dekat depan kolej jek.bonton teksi pon tak nampak.so,jalan kaki la nampaknyelaaah....


Memang sah tak ada teksi masuk.sampai dekat bus stop library tuh baru lah ade teksi.


Teksi pertama (melayu)


Aku    :  *tanpa segan silu ak terus naik.tak tanya papelah.sebab memang bajet die akan pegi mane jek kite cakap.* "pakcik,midvalley?" 


Pakcik teksi: OHHHhHH.errrmmmmm.pakcik tak boleh la adik.Pakcik nak balik rumah dekat PJ.Midvalley jammed.errrrrr..jauh dari rumah..bla bla bla bla..pkck tuh bagi alasan.


Aku : Laaaa.yeke.xpelah.terima kasih.sorry pakcik.


(dalam hati aku.Pakcik ni pon satu,dah taw nak balik rumah.Die pegi berhenti tuh kenapa.Malu je aku da duduk dalam teksi da pun.pastuh kene wat muke tebeq.kuar teksi.CEhssss..sabar jekla.Naseb baek ade teksi laen.)


Lepas tuh,dah sampai mid.ak gi lah MPH.Mizah cakap nak cari novel.
Last2,aku jek yang beli novel.cehsss.Yeay!!! dapat beli novel GLEE!




Yeah..ini la cover page die.Actually nie baru nak cuba2 baca.So,korg xyah lah tanye aku pape lagi eh.tggu aku habes bace dulu baru kite share story pasal GLEE ni.Yang aku tau,lagu die memg THE BEST lahh kann.



Untuk the rest of the story for  today,i'll let u see from the pictures i've uploaded.Sebab aku nak continue aku punye pembacaan yang tak habesss pon lagi nih.Hari isnin ade test.hah.hamek.dok ngadap laptop jek keje.pastuh leh plak kuar2.hape nak jadi ntah.malam ni kene bayar hutang yer ceklyna.Duduk stay up sekejap...So, let the pictures tell u the story k!!! Gudnyte everybody!


Teringin nak makan BIG APPLE.dapat gak akhirnye. (^.^)





Ini isi die.Dari kiri: Chocolate pe tahh.Tira____.Iceberg. 
*iceberg jek aku ingat sebab FAVOURITE aku!!!*






Sincerely,
Blogger TemplatesBlogger Templates

BELOVED FAMILY

BELOVED FAMILY